Taxonomi Badak sumbu India

Badak sumbu India merupakan badak sumbu pertama yang diketahui oleh orang-orang Eropah.[Citation?] Badak sumbu ("Rhinoceros") berasal dari perkataan Greek, "rhino" bererti hidung dan "ceros" bererti tanduk. Badak sumbu India merupakan monotypic, bererti tidak terdapat spesies kecil yang jelas. Rhinoceros unicornis merupakan type species bagi keluarga rhinoceros, pertama kali dikelaskan oleh Carolus Linnaeus pada tahun 1758.[3]

Evolusi

Leluhur badak sumbu mula berpecah dari Perissodactyl lain pada Eosen Awal ("Early Eocene"). Perbandingan DNA Mitochondrial mencadangkan bahawa leluhur badak sumbu moden berpecah daripada leluhur Equidae sekitar 50 juta tahun dahulu.[4] Keluarga besar, Rhinocerotidae, mula muncul pada Eosen Akhir ("Late Eocene") di Eurasia, dan leluhur kepada spesies badak besar tersebar dari Asia bermula pada Miosen.[5]

Fosil Rhinoceros unicornis muncul pada Pleistosen Pertengahan ("Middle Pleistocene"). Semasa Pleistocene, genus Rhinoceros merayau sepanjang Asia Tenggara dan Asia Selatan, dengan spesimen terdapat di Sri Lanka. Sehingga Holosen ("Holocene"), sesetengah badak sumbu hidup ke barat sehingga Gujarat dan Pakistan sehingga 3,200 tahun dahulu.[3]

Badak sumbu India dan badak sumbu Kerbau, anggota genus Rhinoceros, mula muncul dalam rekod fosil di Asia sekitar 1.6 juta–3.3 juta tahun dahulu. Anggaran melekul, bagaimanapun, mencadangkan spesies ini mungkin berpisah lebih awal lagi, sekitar 11.7 juta tahun dahulu.[4][6] Sungguhpun tergolong dalam type genus, badak sumbu India dan badak Kerbau dipercayai tidak berkait rapat dengan spesies badak sumbu yang lain. Kajian berlainan telah membuat hipotesis bahawa mereka mungkin berkait rapat dengan Gaindetherium atau Punjabitherium yang kini pupus. Analisa cladistic terperinci bagi Rhinocerotidae meletakkan Rhinoceros dan Punjabitherium yang pupus dalam clade bersama Dicerorhinus, badak sumbu Sumatra. Kajian yang lain pula mencadangkan bahawa badak sumbu Sumatra lebih berkait rapat dengan dua spesies Afrika.[7] Badak sumbu Kerbau mungkin berpisah daripada badak sumbu Asia yang lain seawal 15 juta tahun dahulu.[5][8]

Rujukan

WikiPedia: Badak sumbu India http://nature.ca/notebooks/english/indrhino.htm http://nature.ca/notebooks/francais/rhinoind.htm http://www.americazoo.com/goto/index/mammals/346.h... http://www.animalpicturesarchive.com/view.php?tid=... http://www.biocrawler.com/videos/displayimage.php?... http://www.foxnews.com/wires/2008Jul26/0,4670,Indi... http://news.nationalgeographic.com/news/2008/03/08... http://www.rhinoresourcecenter.com http://www.rhinoresourcecenter.com/species/indian-... http://www.thebigzoo.com/Animals/Greater_Indian_Rh...